Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua
pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia
hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya
telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para
wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta
(siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai
tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si
wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga
seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini
buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen
yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi
jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan
hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana
sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen
terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen
setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan
berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang
lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak
ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si
wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih
panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak
lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih
baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih
selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan
dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha
ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini
syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya
adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang
terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak
sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan
sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu
sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu
bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan
mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan
kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka
cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt
separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari
fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah
menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian
terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan
dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah?
Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah
senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak
ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah
sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak
pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat
kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti
akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai
secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu
kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya
pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat,
janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan
racun yang mematikan!
Nauzubillah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar